Authentication
246x Tipe DOCX Ukuran file 0.03 MB
1.0 - PENGENALAN Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi kehidupan dan cabaran yang sebenar. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini, sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut. Sistem pendidikan merupakan medium yang terbaik untuk digunakan bagi merealisasikan impian ini. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan asas transisi kepada penghasilan modal insan untuk memacu ke arah pembinaan negara. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara yang diimpikan tidak akan tercapai dengan jayanya. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan satu pendekatan yang terbaik bagi memastikan perencanaan konsep negara bangsa itu menjadi satu kenyataan. Dalam hal ini, negara memerlukan pendidik yang seimbang dari setiap aspek seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Seperti yang kita maklum, negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada komuniti yang berbeza adat dan bangsa. Bukan mudah untuk menjadikan negara berbilang bangsa ini mempunyai kesatuan yang utuh dalam membangunkan minda pasca merdeka. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkuatkan hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, integrasi didefinisikan sebagai penggabungan dua atau beberapa kaum untuk menjadi satu kesatuan, manakala nasional diertikan sebagai yang berkaitan dengan bangsa sendiri mahupun identiti. Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010), integrasi bermaksud satu proses sosiobudaya dan sosiopolitik untuk mewujudkan jati diri kebangsaan yang diterima oleh semua rakyat walaupun berbeza dari segi rumpun bangsa, bahasa agama dan budaya.Maka Integrasi Nasional pula membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama. 1 Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006- 2010) yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 2.0 – KEPENTINGAN INTEGRASI NASIONAL . 2.1 – MEMUPUK DAN MEMPERTINGKATKAN PERPADUAN MASYARAKAT Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses dinamik di mana rakyat daripada pelbagai kaum dan etnik yang berbeza sosio-budaya, agama, adat resam, wilayah dapat hidup dalam suasana aman damai yang berteraskan kepada persefahaman, penghayatan kepada Perlembagaan serta menjadikan Rukun Negara sebagai teras budaya dan gaya hidup. Ia juga satu proses untuk mengukuhkan jalinan inter dan intra kaum dan etnik di negara ini. Mengapakah integrasi nasional amat penting dalam perpaduan? Hal ini kerana, definisi integrasi itu sendiri yang membawa maksud kesatuan dan penggabungan. Maka sesebuah negara perlu untuk mempunyai satu hadaf mahupun tujuan yang satu ke arah melestarikan hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Bidayuh mahupun Bajau. Melalui cara seperti mengadakan rumah terbuka setiap perayaan yang disambut di Malaysia sebenarnya adalah salah satu kunci perpaduan. Daripada amalan ziarah – menziarahi, masyarakat dapat mengetahui adat resam sesuatu masyarakat dan cara pemikiran di samping mengeratkan hubungan ukhuwwah sesama bangsa. Jika kita mengabaikan perpaduan terutama di negara yang berbilang agama dan bangsa, justeru peristiwa berdarah 13 Mei 1969 pasti akan berulang kembali. George Santayana, sarjana Barat mengatakan bahawa “Those who do not remember the past are condemned to repeat it ” .Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Negara menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pascakemerdekaan. Politik, sosial dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil. Apa yang boleh disimpulkan adalah 2 pada ketika itu perhubungan antara kaum umpama api dalam sekam; sedikit pergeseran mampu mencetuskan pertelingkahan besar. Apabila satu kaum menyinggung kaum yang lain, maka terccetuslah pertelingkahan besar seperti peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. Tarikh di mana mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Setelah peristiwa 13 Mei ,telah tamatnya proses perpaduan negara atas prinsip asimilasi dan proses membina negara yang bersatu padu dilaksanakan atas prinsip integrasi nasional. Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah belajar mengambil ibrah dan pengajaran daripada sejarah-sejarah silam. 2.2 – MEMELIHARA SOSIOEKONOMI NEGARA Perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik diberi kebebasan untuk menceburi bidang ekonomi kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Maka, mengapa harus disekat kebebasan menjalankan ekonomi seperti mana yang pernah dilakukan oleh penjajah British sebelum era kemerdekaan dengan menetapkan status dan peranan sosioekonomi yang berlainan bagi kaum Melayu, India dan Cina. Contohnya golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam perkhidmatan awam sementara orang Melayu kebanyakkannya digalakkan terus menetap di kawasan luar bandar. Orang cina dikawasan lombong dan di bandar manakala orang India mengusahakan lading-ladang getah. Impaknya, komunikasi proses interaksi menjadi terhad pada zaman itu serta mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum. Tidak dapat dinafikan suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan perpaduan negara kerana menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum. Melalui integrasi nasional, semua etnik boleh menjalankan ekonomi tanpa ada sebarang spesifikasi dan penetapan. Oleh yang demikian, dengan adanya konsep perpaduan melalui pertukaran idea pemasaran mahupun jual beli mampu untuk menjana ekonomi negara kita. Akhirnya,dengan berbekalkan perpaduan integrasi 1 Malaysia ini, dapat menjana ekonomi negara Malaysia dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, konsep perpaduan mampu memberikan impak positif dalam 3 perkembangan ekonomi. Sebagai bukti, Felda Global Ventures Holding (FGV) adalah syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan, manakala IHH Healthcare Bhd.(IHH) pula pengendali hospital terbesar di Asia. Antara salah satu faktor kejayaan ekonomi negara itu juga adalah hasil daripada kesungguhan rakyat Malaysia yang terdiri daripada usahawan, graduan sehingga pekerja dalam industri-industri utama atas sumbangan mereka serta pengawasan ekonomi yang mantap oleh pihak kerajaan, khususnya melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP). 2.3 – MENJAGA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN NEGARA Kehidupan masyarakat di Malaysia disinonimkan dengan peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, namun semangat tolong- menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Perpaduan integrasi nasional merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa integrasi , tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati. Kepentingan integrasi dapat menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum merdeka, pelbagai ranjau berduri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil integrasi perpaduan, Tanah Melayu ketika itu sama-sama berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat pada hari ini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek moyang. Oleh yang demikian, kita haruslah berusaha untuk bersatu padu agar dapat bersatu menentang penjajah daripada menjajah negara kita. Usahlah kita berpaling taat setia kepada negara sendiri sebagaimana Si Kitol yang telah menjadi tali barut kepada penjajah dengan membocorkan rahsia pihak Orang Melayu. Justeru, dalam usaha untuk merealisasikan integrasi perpaduan agar menjadi realiti, maka kita perlu lebih banyak melahirkan tokoh-tokoh seperti Tun Tan Siew Sin (bekas MCA) dan Tun Sambathan (bekas MIC) dan yang bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam masa yang sama, bekerjasama bersatu kearah mencapai gagasan Malaysia bersama-sama pemimpin orang Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Melalui kerjasama tokoh-tokoh tersebut akhirnya mampu untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara daripada ditakluk oleh negara luar dan kesepaduan kaum terjamin. 4
no reviews yet
Please Login to review.